Tuesday, 14 October 2014

PELAJARAN 3 - PANGKALAN DATA

Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.
Pangkalan Data Himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.
Aplikasi Pangkalan Data Satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data pada masa-masa execution.PASCAL,COBOL,atau C++ adalah antara contoh bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk tujuan menulis aturcara penggunaan aplikasi pangkalan data.

PELAJARAN 2 - RANGKAIAN INTERNET

1.1 Perkembangan Rangkaian


Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah komputer telah dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian.


PELAJARAN 1 - PORTAL EPSA

E-Pembelajaran Sektor Awam atau lebih dikenali sebagai EPSA® adalah portal pembelajaran secara online bagi penjawat awam Malaysia. EPSA® merupakan pakej e-pembelajaran yang pertama dibangunkan untuk penjawat awam dan merupakan model pendekatan latihan / pembelajaran secara kendiri yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua.
 
EPSA® adalah inisiatif Kerajaan Malaysia yang dimandatkan kepada INTAN untuk mempromosikan penggunaan ICT dalam pembelajaran yang berterusan dan sepanjang hayat di kalangan penjawat awam. Semua penjawat awam sama ada pra-perkhidmatan, dalam perkhidmatan atau pasca-perkhidmatan adalah layak menjadi ahli EPSA®. Pembelajaran melalui EPSA®adalah mudah, percuma dan tertakluk kepada polisi privasi yang telah ditetapkan.
 
Selain itu EPSA®membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dari segi kos dan masa. Dalam era maklumat, keperluan untuk pembelajaran berterusan sepanjang hayat telah mewujudkan permintaan tinggi terhadap pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap pembelajaran adalah melebihi kapasiti kemampuan penyampaian secara tradisional di institusi-institusi latihan. Justeru, EPSA® adalah inspirasi yang dicetuskan oleh realiti bahawa keperluan penyampaian latihan di dalam persekitaran ekonomi global adalah lebih mencabar dan tidak dapat ditampung menerusi pembelajaran secara fizikal di dalam kelas.



nota: maklumat lanjut sila klik >>>>>>SINI <<<<<<<